News
EDAAS

Home   >   News EDAAS

28 Sistem Akuaponik EDAAS Dipasang kepada Komuniti Terpilih Menerusi Geran UNIMADANI


SINTOK, 21 Januari 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan pemasangan sebanyak 28 buah kolam akuaponik kepada 28 orang penerima terpilih menerusi pelaksanaan projek di bawah Geran UNIMADANI bernilai RM200,000 yang diberikan oleh kerajaan.

Program ini merupakan inisiatif pemerkasaan komuniti melalui penerapan teknologi pertanian moden dan lestari berasaskan sistem akuaponik pintar EDAAS. Pemilihan penerima telah dibuat sepenuhnya oleh pihak universiti bagi memastikan sistem ini dimanfaatkan oleh golongan yang berpotensi untuk mengembangkan aktiviti pertanian bandar dan keusahawanan komuniti.

Kesemua pemasangan kolam akuaponik ini telah dilaksanakan oleh pasukan EDAAS yang bertanggungjawab dalam pemasangan, konfigurasi sistem serta latihan asas kepada penerima. Pemasangan telah dijalankan di pelbagai lokasi sekitar Changlun, Kuala Nerang, Kodiang, Jitra, Kulim, serta di sebuah kem tentera di Mentakab.

Menariknya, sistem akuaponik ini bukan sahaja dipasang di kediaman penduduk terpilih, malah turut melibatkan pemasangan di sekolah-sekolah, pusat khidmat masyarakat (NGO) serta kem tentera, sekali gus memperluaskan pendedahan teknologi akuaponik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Melalui projek ini, masyarakat didedahkan kepada konsep pertanian moden yang mesra alam, menjimatkan ruang serta mampu menjana sumber makanan dan pendapatan secara mampan. Sistem akuaponik EDAAS menggabungkan teknologi dan inovasi bagi membantu pengguna mengurus tanaman dan ternakan ikan dengan lebih cekap.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan UUM dalam menyokong agenda pembangunan komuniti, teknologi hijau dan keterjaminan makanan negara selari dengan aspirasi Kerajaan Malaysia melalui pelaksanaan Geran UNIMADANI.

Berikut merupakan nama penerima dan lokasi unit sistem EDAAS yang telah dipasang
BaharudinChanglun
IsnalhairilChanglun
Mgt AhmadChanglun
Mohd HafizanChanglun
Mohd HamdiChanglun
Mohd KhairilChanglun
ZalinaChanglun
Kishsen NairKulim
Muhammad Syahir RahimiKem Batu 5 Mentakab, Pahang
Hj ZaidiPusat Komuniti Bandar Taman Seri Pinang, Kulim
Mohamad JamilChanglun
RahimahChanglun
Siti SalwaChanglun
SalizaSK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra
SivalingamJitra
Muhammad NabilKodiang
Siti NoraAlor Star
IsmailKuala Nerang
Siti JuariahKuala Nerang
SodahKuala Nerang
NashirohPusat Peduli Rakyat Kota Siputeh, Kampung Kandis, Kodiang
Nooraliza Binti HamidChanglun
Abd Ghaffar Bin AhmadJitra
Saiful BahariSMK Darul Aman, Alor Star

Leave A Comment

Get In Touch

Contact Us

ADDRESS

School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman.

CALL

+60105607840

EMAIL

myedaas@gmail.com

    Top